Oleh:Nazialita Geynna Maharan

IPOH: Kejohanan Bowling Piala Ketua Balai Polis Sentral yang diadakan buat julung kalinya baru-baru ini mendapat sambutan cukup hangat baik daripada pihak anggota dan pegawai PDRM serta masyarakat awam.

Ketua Balai Polis Sentral, Asisten Superitendan Mohamad Sahran Termizi berkata program tersebut merupakan cabang High Profile Policing yang dilaksanakan bagi merapatkan sillaturahim di antara warga PDRM dan semua yang terlibat.

844ed7c4-b5cf-4797-bc84-77140bfd5c89Katanya, kejohanan yang diadakan di Ampang Superbowls, Ipoh Parade, itu menyaksikan kehebatan serta bakat terpendam daripada para pemain selain mengumpulkan ahli keluarga pada waktu terluang.

“Bukannya selalu kami dapat bersama-sama di waktu terluang atau hujung minggu sebab kebiasaannya warga PDRM Sentral akan bertugas setiap masa, jadi inilah peluang untuk bermesra, berseronok dan bersukan sekaligus,”katanya kepada Suara Perak.

IMG-20170830-WA0000

Antara aktiviti yang diadakan adalah sesi cabutan bertuah kepada peserta kejohanan selain pemain bowling terbaik dan kumpulan terbaik.

Sementara itu, bekas Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Shamsiah Abu Bakar yang menjadi tetamu jemputan pada kejohanan itu turut melahirkan rasa gembiranya di atas penyertaan itu.

cf618158-f84e-498a-954c-a2d3ad1cb166Beliau yang juga pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Intergriti (CIO) Petroliam Nasional Berhad (Petronas) berkata selain daripada kejohanan tersebut pelbagai aktiviti boleh dilakukan bersama masyarakat setempat untuk merapatkan sillaturahim.

“Saya juga menyarankan aktiviti berbasikal bersama masyarakat, atau mengadakan kaunter pelanggan di kawasan komuniti, menjalankan pendekatan secara bersemuka agar mereka tidak berasa takut sebaliknya terbuka dan mesra, mudah untuk pihak PDRM menjalinkan kerjasama,”katanya.

Pasukan jemputan yang disertai Shamsiah yang juga bekas Pengarah SPRM Negeri Perak itu turut mengungguli juara pasukan VIP dengan jatuhan tenpin bowling setinggi 1854 mata manakala pasukan Haria daripada Balai Polis Sentral membawa pulang Piala Pusingan kejohanan dengan 1897 mata.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh (Operasi), Superitendan Abdul Rani Alias, Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh ( Pentadbiran), Superitendan Muhamad Nordin Abdullah.