KUALA LUMPUR – Pasaran eksport yang lebih menguntungkan pengusaha tempatan antara punca bekalan durian Musang King berkurangan di negara ini sekali gus menyebabkan harganya melambung tinggi.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menjelaskan, selain faktor itu, bekalan ‘buah mewah’ itu juga sangat berkurangan kerana di luar musim.

“Sebenarnya, kita telah berjaya membuka pasaran yang lebih luas untuk Musang King. Ertinya, mereka yang mahu membeli Musang King bukan sahaja terdiri daripada rakyat Malaysia tetapi pelanggan dari Singapura, Hong Kong dan China.

“Di China, harga Musang King boleh mencecah RM200 sekilogram dan sudah tentu pengusaha-pengusaha durian akan memilih pasaran yang lebih menguntungkan mereka,” katanya selepas merasmikan pelancaran sate tuna di Satay Station cawangan Ampang di sini semalam.

-Kosmo

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0512&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz4gpMtIk8h
Hakcipta terpelihara