KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyusun atur semula kabel-kabel punca kuasa dan meletakkan ‘water barrier’ di tepi laluan Dataran Merdeka bagi memastikan kejadian limpahan air di kawasan itu tidak berulang.
Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Norhaslinda Nordin memberitahu, kabel dan water barrier yang tidak tersusun serta kanvas khemah telah dikenalpasti menjadi punca aliran air di tapak bazar itu tidak berjalan lancar dan tersekat.

Tambah Norhaslinda, pihaknya juga membesarkan ‘scupperr drain’ di kiri dan kanan Jalan Raja agar aliran air berjalan lancar terutamanya ketika hujan.

“Limpahan air dijangka tidak akan berulang setelah segala kerja penyusunan dan kemaskini siap dilaksanakan.

“Bagaimanapun, para peniaga juga diingatkan supaya tidak meletakkan halangan seperti peralatan mereka yang boleh menyebabkan aliran air tersekat jika berlaku hujan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, beberapa lot tapak niaga di Bazar Ramadan Jalan Raja khususnya di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad menghadapi masalah air bertakung sehingga menjejaskan aktiviti perniagaan mereka.

Katanya, pasukan petugas khas perlu bertindak pantas jika berlaku kejadian yang sama pada masa akan datang – Malaysiagazzete