LUMUT – Hujan lebat yang berterusan sejak beberapa hari lalu menyaksikan daerah Manjung di Perak mula dinaiki air sejak malam tadi.

Berikutan itu, seramai 532 daripada 115 keluarga telah dipindahkan di empat pusat pemindahan sementara di daerah ini setakat pukul 12 tengahari setelah kediaman mereka dilanda banjir.

“Antara kampung yang terlibat adalah Kampung Padang Tembak, Kampung Batu 3, Batu 4 dan Batu 5 di Segari, Kampung Parit Marikan, Kampung Pantai Tin,Kampung Tebuk Yan dan Taman Pantai Wang di Pantai Remis.

2cfb0056-3a3c-4c75-9540-11f4726033c2

“Keadaan cuaca ketika ini yang kurang baik dengan hujan lebat sejak semalam dan air pasang penuh menyebabkan banjir berlaku. Malah,ada bebrapa kawasan yang sebelum ini tidak dinaiki air turut terjejas.

“Ketika ini kita sudah melakukan persiapan awal dan penduduk juga sudah dipindahkan dengan Jabatan terlibat juga buat pemantauan,” katanya ketika ditemui di Pusat Pemindahan Sungai Batu ,Pantai Remis di sini hari ini.

“Kita dalam fenomena air pasang penuh dan disusuli hujan yang berterusan menjadi punca menyebabkan banjir berlaku. Sehingga kini masih lagi hujan dan kita sentiasa dalam keadaan siap siaga,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Zambry turut berharap Kerajaan Pusat dapat memberi perhatian sama kepada negeri ini berdasar situasi terkini.