IPOH: Empat lagi mayat ditemui dalam kebakaran di pusat hiburan di Times Square Jalan Raja Dr Nazrin Shah, Ipoh, sehingga 11.30 pagi Rabu, menjadikan jumlah kematian seramai enam orang.

Dua yang dikenali awal ialah lelaki tempatan, Tai Chee Kin, 36, dan Lau Wai Hoong, 37 manakala yang baru ditemui ialah dua wanita Vietnam, Nguyen Thi Thuy Duong, 21 dan Nguyen Thi Trang, 19; seorang lelaki Bangladesh dan seorang yang masih belum dikenal pasti.

Seorang lagi lelaki tempatan, Ng Kok Eng, 39, parah dan dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Pihak bomba berjaya menyelamatkan lima lelaki dan dua wanita dalam kebakaran itu.