SUNGAI SIPUT – Empat pelatih Pusat Pemulihan dan Rawatan (CCRC) Perlop telah melarikan diri dari pusat itu, hari ini.

Mereka dipercayai melarikan diri dengan memanjat pagar ‘anti climb’ pusat berkenaan kira-kira jam 5 pagi.

Pelatih lelaki yang berusia 25 hingga 45 tahun itu dikatakan berpakaian baju melayu ketika menghilangkan diri.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Deputi Superintendan Juna Yusoff mengesahkan kejadian itu dan gerakan dijalankan untuk mengesan kesemua mereka – sinar