Susu, dan beberapa produk tenusu didapati mempunyai beberapa kesan negatif baru-baru ini dan ketahui antara sebabnya.

Oleh:Nazialita Geynna Maharan

Tenusu, merupakan antara bahan utama dalam makanan dan minuman kita yang sering menjadi pilihan utama terutamanya pada mereka yang sedang berdiet, namun kajian terbaru mendapati ia bukanlah menyihatkan seperti yang diperkatakan.

Malah, ada yang mencadangkan untuk menghentikan pengambilan susu dalam rutin makanan seharian dengan serta-merta!

Bertahun lamanya, kita diyakinkan bahawa susu merupakan sumber terbaik untuk kalsium yang akan membantu dalam tumbesaran tulang dan gigi yang kuat.

Bagaimanapun, baru-baru ini pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa susu sebenarnya mendatangkan bahaya kepada kesihatan kita.

Satu kajian pada tahun 2014 yang dijalankan ke atas 61,000 responden wanita mendapati mereka yang meminum susu sebenarnya terdedah kepada risiko tulang rapuh.

Kaum wanita berumur 24-46 tahun yang mengambil pelbagai produk tenusu juga didapati berisiko tinggi untuk mendapat kanseer payudara, berdasarkan hasil kajian ke atas 4,312 kes.

Selain daripada itu, fakta bahawa kita sedang meminum susu daripada haiwan sebenarnya kedengaran agak pelik.

Kita merupakan satu-satunya spesies yang terus meminum susu selepas zaman bayi dan pastinya satu-satunya spesies yang mendapatkannya daripada haiwan lain.

Antara kejadian yang membuatkan bulu roma kita meremang adalah sesetengah susu ( khususnya di Amerika) mengandungi beberapa bahan asing seperti hormone pertumbuhan bovine, najis dan antibiotic.

Ini mungkin merupakan antara sebab utama pengambilan produk tenusu di UK telah menurun sebanyak 30 peratus dalam tempoh 20 tahun yang lepas dan digantikan dengan produk soya, nasi dan susu berasaskan kekacang yang kini semakin popular.

 

Walaupun kebanyakan daripada kita tidak mempunyai sebarang masalah terhadap produk tenusu, namun satu daripada lima individu masih mempunyai alahan kepada susu.

Menurut daripada kajian terkini, sebanyak lima peratus daripada populasi di dunia mempunyai alahan atau intoleransa laktosa terhadap susu, ini juga bermaksud badan kita tidak dapat memproses laktos secara mudah, iaitu sejenis gula yang terkandung di dalam susu.

Sekiranya anda menjangka bahawa anda alah kepada susu, maka anda sepatutnya menyahkan susu daripada diet harian anda segera.

Simptom bagi alahan kepada laktos kebiasaannya berlaku dalam tempoh beberapa jam setelah mengambil makanan atau minuman yang mempunyai laktos. Ia adalah termasuk:

  1. Berangin
  2. Cirit-birit
  3. Perut Kembung
  4. Kekejangan dan sakit di bahagian perut
  5. Ketidakselesaan di perut
  6. Berasa rimas/ tidak selesa

Kekerapan symptom di atas adalah bergantung kepada jumlah pengambilan dan tahap sensitive seseorang terhadap laktos.

Sesetengah daripada kita masih mampu meminum walau gelas kecil dan tidak mempunyai sebarang kesan namun ada juga yang tidak boleh mengambil walau dalam amaun kecil, seperti di dalam the atau kopi masing-masing.

Mungkin mengejutkan, tetapi antara “minuman kesihatan” yang patut kita elakkan adalah “smoothies”.

Hanya kerana ianya penuh dengan kandungan buah-buahan dan sayuran tidak bermaksud ia berada dalam kandungan kalori yang rendah atau baik untuk kesihatan anda.

Yang jelas, pengambilan menu sayuran atau buah-buahan adalah digalakkan dalam tempoh seharian kerana ianya adalah lebih rendah kalori dan tinggi dari segi vitamin, mineral dan serat.

Bagaimanapun, perlu kita ingati bahawa tanpa pengetahuan nutrisi seimbang anda sebenarnya sedang mengambil minuman harian dengan tambahan lemak tanpa disedari. Credit: Daily Star