PUTRAJAYA – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tidak mahu melayan desakan segelintir pihak yang ingin mengetahui kesahihan beliau sebagai akauntan profesio­nal bertauliah.

Beliau sebaliknya menyerahkan kepada peguamnya untuk menjelaskan isu yang menjadi kontroversi sejak kebelakangan ini.

“Biar saya serah kepada peguam saya,” jawabnya ringkas.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan cek peruntukan kepada sekolah tahfiz berdaftar negara ini yang disampaikan kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof di kementeriannya di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

Guan Eng ditanya soalan sama ada dia ingin mengesahkan beliau sebagai akauntan profesio­nal bertauliah.

Isu Ahli Parlimen Bagan itu bermula apabila Presiden MCA, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong mendedahkan terdapat dua perkara pelik mengenai maklumat yang disiarkan dalam laman web limguaneng.com berkenaan kelayakannya men­­jadi seorang akauntan pro­fesional bertauliah.

Ini kerana Guan Eng berjaya menjadi akauntan profesio­nal bertauliah setahun sebelum memperoleh Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Monash.

Setiausaha Politiknya, Tony Pua dalam satu sidang media turut menunjukkan keahlian Guan Eng dalam Persatuan Akauntan Australia dan New Zealand.

Namun sebuah blogger mendedahkan dua badan negara itu menafikan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu ahli di bawan mereka. – MalaysiaGazette