IPOH 17 Sept.- Acara renang menjadi sukan pertama di Sukan Malaysia (Sukma) 2018, Perak yang memecah rekod kebangsaan.

Rekod kebangsaan itu dipecahkan oleh perenang dari Johor, Tia’a Faang Der dalam acara 400 meter rampaian individu lelaki dengan catatan masa 4 minit 30.48 saat

meleburkan rekod milik Sebastian Soon dari Wilayah Persekutuan yang mencatat masa 4:30.85 dilakukan Julai lalu di Sukan Sekolah-Sekolah Asean.- UTUSAN ONLINE