PUTRAJAYA : Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof, 58, dilantik sebagai Menteri Kerja Raya dalam Jemaah Menteri yang diumumkan petang ini.

Beliau ialah Naib Yang Dipertua Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang juga ialah Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Fadillah ialah bekas Menteri Kerja Raya dalam pentadbiran Barisan Nasional sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 2018.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak yang juga Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Dr Shahruddin Md Salleh pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya.

Beliau ialah bekas Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini.