IPOH: Felcra Berhad mengagihkan dividen keuntungan berjumlah RM500 juta kepada pesertanya di seluruh negara, termasuk RM15.7 juta kepada 12,026 peserta di negeri Perak, sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

d5a83f4d-9013-4639-ba72-60202b6d4a59Pengerusinya, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin berkata, bagi peserta projek yang memperolehi sedikit keuntungan, Felcra telah menambah RM300 lagi, menggunakan peruntukan di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (SCR) berjumlah RM7 juta.

Selain itu, katanya, terdapat 29,000 peserta yang terlibat dengan program tanaman semula, peserta menikmati sara hidup bulanan sebanyak RM70 bagi setiap hektar.

2db8d3bf-4171-413c-8a23-89b172944a97

“Dalam masa selepas dilantik oleh Perdana Menteri sebagai antara peneraju sektor keselamatan negara, kita sedang berbincang dengan beberapa negeri, untuk bekerjasama dalam bahagian tanah serta penanaman dan fokus kita di Sabah dan Sarawak, tidak terkecuali Perak,” katanya.

b45f7a85-0517-411e-a13d-447a626c9bf7Beliau ditemui selepas majlis Mesra Aidilfitri Felcra Berhad Wilayah Perak di sini pada Isnin yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Bung Mokhtar memberitahu, Felcra telah membangunkan kawasan seluas 33,775.17 hektar tanah di Perak dengan bilangan peserta 20,000 di samping 2,500 peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) yang menerima saham dari agensi berkenaan.

Sementara itu, Dr Zambry mengakui Felcra adalah adalah antara agensi yang banyak bersama-sama dan bekerja baik dengan kerajaan negeri.

3fc1f2f3-d419-401c-8836-f03e356b8203

“Mereka tiada masalah, umpamanya sumbangan mereka kepada kerajaan negeri hasil daripada pembangunan tanah-tanah kerajaan yang tiada peserta, mereka tidak simpan duit itu tetapi memberi pulangan balik kepada kerajaan negeri,” ujarnya.

Pada majlis itu, Bung Mokhtar turut menyerahkan RM1 juta baki keuntungan projek yang diusahakan di atas tanah kerajaan negeri, sebagai tambahan kepada RM2 juta yang telah diserahkan Februari lalu.