MANCHESTER: Legenda dan bekas pengurus Manchester United Alex Ferguson yang menjalani pembedahan kerana pendarahan otak mendapat sokongan padu komuniti bola sepak Inggeris.

Kebimbangan mengenai tahap kesihatan Ferguson mula dicetuskan anak lelakinya, Darren yang juga pengurus bagi pasukan Divisyen Tiga, Doncaster yang tidak dapat bersama anak buahnya untuk perlawanan bertemu Wigan.

“Saya akan cuba melawatnya dengan segera untuk melihat sendiri tahap kesihatannya,” kata pengurus Everton Sam Allardyce – sahabat Ferguson – selepas menyaksikan skuad bimbingannya itu seri 1-1 ketika bertemu Southampton.

“Saya berasakan ia serius selepas anaknya, Darren tidak dapat hadir perlawananan membabitkan Doncaster hari ini. Harap Ferguson cepat sembuh.”

Pengurus Southampton, Mark Hughes pula berkata: “Saya baru saja tahu perkara ini. Harap ia tidak benar tetapi apapun saya mendoakan yang terbaik untuknya.

Bekas anak buah Ferguson, David Beckham pula, adalah antara pemain United yang turut memberi sokongan kepada bekas pengendalinya itu menerusi laman sosial media.

Menerusi akaun Instagram miliknya, Beckham memuat naik gambarnya ketika masih muda bersama-sama Beckham: “Terus berjuang bos.”

Begitu juga bekas penyerang United, Wayne Rooney yang berkat: “Semoga cepat sihat bos. Doa saya untuk semua keluarga anda.” – AFP