KUALA KANGSAR: Program Fit Masjid adalah antara usaha kerajaan untuk mendekatkan anak muda dengan masjid.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, walapun pada peringkat awal ia agak sukar tetapi lama-kelamaan mereka akan merasai kemanisannya.
Beliau memberi contoh mudah bagaimana untuk membuka buah durian.
“Mula-mula memanglah sukar, macam kita makan durian, nak buka memang susah tetapi lepas tu, rasanya memang sedap,” katanya ketika berucap merasmikan Kempen Jom Solat Subuh Berjemaah dan Fit Masjid di Masjid Ubudiah di sini pada Jumaat.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria; Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Datuk Dr Mohd Amin Zakaria; Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan, Datuk Shahrul Zaman Yahya; ADUN Manong, Datuk Mohd Kamil Shafie dan ADUN Bukit Chandan, Maslin Sham Razman.
WhatsApp Image 2017-05-19 at 08.56.51WhatsApp Image 2017-05-19 at 08.56.55
Terdahulu mereka menyertai program qiamullail di masjid berkenaan.
Dr Zambry berkata, solat Subuh berjemaah di masjid kini sudah menjadi trend di beberapa negara seperti Turki dan Indonesia, di samping di beberapa masjid, khususnya di bandar negara ini.
“Malah ada masjid yang penuh dan ramai juga anak muda yang turut serta,” tambah beliau.
Hampir 1,000 warga Kuala Kangsar, termasuk pelajar mengambil bahagian di dalam aktiviti yang diadakan seperti fun walk untuk lelaki dan senamrobik untuk wanita.