TAPAH: Seorang gadis maut apabila motosikalnya terperosok di bawah sebuah bas ekpres dalam kemalangan di Kilometer 315 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan pada petang Ahad.

Dalam kejadian sekitar 2 petang itu, gadis berusia 21 tahun yang menaiki motosikal jenis Modenas Kriss dipercayai terperosok di bawah bas dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

f67e13bb-fb2d-47ea-8329-7e78fb6f48c2

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Perak ketika dihubungi berkata pihaknya menerima panggilan sekitar 2.25 petang dan bergegas ke lokasi.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila bas ekpres tersebut melanggar bahagian belakang motosikal yang ditunggang mangsa mengakibatkan motosikal terperosok di bawah bas itu.

“Rempuhan itu juga menyebabkan mangsa  maut di tempat kejadian,”katanya kepada Astro Awani.

Jelasnya, mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tersebut turut menerima bantuan daripada BBP Gopeng.

“Operasi yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II V. Andrew tamat sepenuhnya sekitar jam 3.35 petang,”katanya lagi.