PETALING JAYA: Sebuah rakaman video dan gambar menunjukkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan beberapa pemimpin Umno di ruang menunggu Parlimen telah mencetuskan spekulasi tentang situasi politik negara.

Namun, ramai yang berpandangan situasi itu adalah satu kebiasaan untuk ahli Parlimen meletakkan ke tepi perbezaan politik dan beramah mesra.

Sudah menjadi kebiasaan untuk ahli Parlimen berselisih pendapat di Dewan Rakyat, namun mereka boleh berbual mesra di ruang menunggu tersebut.

Kadangkala, ketika sesi membalas pendapat yang pedas, ahli Parlimen selalu bergurau bahawa mereka boleh berbual tentang pelbagai perkara ketika menikmati teh di ruang istirahat Parlimen.

Oleh itu, ia bukanlah satu pemandangan luar biasa untuk melihat para menteri dan pembangkang duduk bersama sambil berbincang tentang pelbagai isu – mstar