Subscribe Now

Trending News

Gagal Curi Wang Surau, Bakar Buku Agama
Nasional

Gagal Curi Wang Surau, Bakar Buku Agama 

JOHOR BAHRU – Sebuah buku agama dibakar dipercayai oleh penjenayah yang berang kerana gagal mencuri wang tabung di Surau Al-Hidayah, Jalan Pertanian, Taman Universiti, Skudai di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Superintenden Beh Eng Lai berkata, kejadian disedari seorang penduduk yang melalui kawasan surau itu pada 2.10 pagi tadi apabila melihat pintu pagar dan pintu jeriji surau terbuka.

“Lelaki berkenaan (pengadu) kemudian mengambil rakannya dan kembali ke surau itu bagi membuat pemeriksaan lalu mendapati seunit kipas mudah alih hilang, naskhah Al-Quran dan Yassin berselerak manakala beberapa rak dan jam besar juga dialihkan dari kedudukan asal.

“Pemeriksaan turut mendapati barangan di dalam stor seperti lampu, vakum, al-Quran, naskhah Yassin, sejadah dan wayar elektrik turut diselongkar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Eng Lai berkata, lelaki terbabit dan rakannya turut mendapati beberapa helaian al-Quran dibakar berhampiran laluan ke bilik air lalu melaporkannya kepada polis.  – Bernama

Related posts