GERIK – Seekor gajah jantan mati dipercayai dilanggar sebuah bas di Jalan Raya Timur Barat (JRTB), di sini, awal pagi tadi.

Kejadian berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Titiwangsa itu menyebabkan laluan itu terpaksa ditutup sementara.

5b335eaa-29a2-4b6f-9c26-d10ef4db3943Setakat ini, belum dapat dipastikan keadaan penumpang dalam bas tersebut yang mengalami kerosakan di bahagian cermin akibat perlanggaran itu.

Pengguna yang melalui jalan tersebut dinasihatkan supaya berhati-hati dan peka dengan kehadiran haiwan liar di kawasan terbabit.

Pengarah Jabatan Perhilitan Negeri Perak, Loo Kean Seong yang mengesahkan kejadian itu berkata, gajah jantan itu dianggarkan berumur 10 tahun.

Menurut beliau, bangkai gajah itu telah dipindahkan ke tempat yang sesuai untuk urusan post mortem dan memotong gadingnya sebelum ditanam hari ini juga.