KUALA LUMPUR – Perintah gaji minimum baharu dijangka akan diwartakan pada bulan Ogos.

Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran berkata kadar gaji minimum ini akan dikaji setiap dua tahun.

“Kami harapkan menjelang satu penggal pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan, gaji minimum dapat dinaikkan sehingga RM1,500 seperti yang dijanjikan,” katanya ketika menjawab pertanyaan lisan daripada Datuk Seri Hasan Arifin (BN-Rompin) di Parlimen, hari ini.

Jelas beliau, Majlis Perundingan Gaji Negara telah selesai menjalankan kajian semula kadar gaji minimum dan syor ini akan dikemukan kepada kerajaan dalam masa terdekat.

“Pada masa ini, masih terlalu awal untuk melihat impak pelaksanaan gaji minimum.

“Kerajaan yakin selepas kedudukan kewangan semakin pulih, pelbagai inisiatif akan dilakukan untuk menaikkan pendapatan rakyat,” katanya – sinar