Batu Pahat: Kadar levi kenderaan komersial atau berat di Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) diturunkan kepada hanya RM50 berbanding RM200 sebelum ini bagi menggalakkan penggunaan laluan itu sekali gus mengurangkan kesesakan di Tambak Johor.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi,berkata levi berkenaan akan dikuatkuasakan serta-merta di Linkedua selepas kadar penurunannya diputuskan Kabinet minggu lalu.

Katanya, penurunan kadar levi berkenaan diharap mengurangkan kesesakan di Tambak Johor yang sudah mencapai tahap optimum berikutan menjadi laluan utama kenderaan komersial dan berat memasuki Singapura.

“Kerajaan memutuskan untuk menurunkan sebanyak RM150 levi kenderaan komersial atau berat yang melalui Linkedua kepada hanya RM50 berkuat-kuasa serta merta.

“Keputusan diputuskan Kabinet itu langkah segera bagi Malaysia menangani kesesakan melampau di Tambak Johor, sekali gus memberi kelegaan kepada pengguna kenderaan ringan menggunakan laluan berkenaan,” katanya.-metro