IPOH: Bekalan air ke beberapa buah taman di sekitar Changkat Jering yang mengalami gangguan sejak Khamis, dijangka pulih mulai petang ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, pihak Lembaga Air Perak (LAP) memaklumkan bahawa kerja-kerja pembaikan paip 600mm dari loji ke Kolam Taman Kuning Sari yang putus pada 18 Januari lalu akan siap tengahari ini.

Sehubungan itu, kata beliau adalah di jangka gangguan bekalan air di Taman Kuning Sari, Taman Kuning Permai, Jalan Air Kuning – Changkat Jering, Taman Sri Kota dan Taman Sri Hijau dijangka pulih mulai petang ini.

bekalan_air_taiping_pulih 2Menurut beliau, Taman Kuning Sari melibatkan 300 pengguna, Taman Kuning Permai (538), Jln Air Kuning – Changkat Jering (1424), Taman Sri Kota (733) dan Taman Sri Hijau (603).

Selain itu, Zainol dalam kenyataanya kepada Suara Perak memaklumkan kawasan yang mengalami tekanan rendah di bawah 10m juga akan pulih.

Kawasan yang terlibat ialah Medan Taiping, Paduka Setia, Tmn Long Jaafar dan Kg Boyan.

“Loji terpaksa ditutup sebelum ini dan gangguan bekalan tidak dapat dielakkan kerana kerja-kerja pembaikan mengambil masa atas faktor lokasi yg agak sukar di dalam hutan,” kata beliau.