KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter menggegarkan Rantau Timor, Indonesia pada jam 3.08 petang ini waktu Malaysia.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berpusat di 104 kilometer tenggara dari Kupang, Indonesia.

Menurut kenyataan itu, tiada amaran tsunami dikeluarkan susulan kejadian gempa berkenaan. – BERNAMA