TOKYO: Gempa bumi kuat menggegarkan kawasan sama di pulau Hokkaido di utara Jepun pagi ini, lokasi gegaran paling kuat di negara itu bulan lalu.

Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Gegaran pada kira-kira jam 8.58 pagi (waktu tempatan) itu, pada awalnya berkekuatan 5.3 magnitud dan berada pada tahap lemah.

Berpandukan kepada skala kekuatan gempa bumi 1 hingga 7 Jepun, 7 adalah tahap paling kuat, menurut penyiar rasmi Jepun, NHK.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikar (USGS) berkata, gempa itu, yang diukur pada 5.2 magnitud berada pada kedalaman 42 kilometer dan berpusat di pantai selatan Hokkaido.

Gempa bumi berukuran 6.7 magnitud pada 6 September lalu melumpuhkan Hokkaido, mengorbankan berpuluh-puluh penduduk, mengakibatkan tanah runtuh dan menyebabkan 5.3 juta penduduknya terputus bekalan elektrik. – Reuters