KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah bermagnitud 3.4 pada skala Richter melanda Lahad Datu, Sabah, pada pukul 6.26 pagi Rabu.

Jabatan Meteorologi Malaysia, dalam kenyataan, berkata pusat gempa itu ialah 25 kilometer timur laut dari Kunak, Sabah.

“Gegaran mungkin dirasai di kawasan Lahad Datu dan Jabatan Meteorologi sedang memantau perkembangan,” menurut kenyataan itu di sini. -Bernama