KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana dengan kekuatan 5.2 pada skala Richter dilaporkan berlaku di barat laut Sumatera, Indonesia jam 5.11 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa itu adalah 178 kilometer barat daya dari Cilegon, Indonesia pada kedalaman 80 kilometer.

Bagaimanapun, kenyataan itu berkata tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. – BERNAMA