KUALA LUMPUR : Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur gempar sekitar apabila semua yang berada di premis terbabit diminta untuk mengosongkan bangunan itu susulan terdapat ancaman bom.

Antara perbicaraan yang sedang berlangsung ketika itu membabitkan kes bekas perdana menteri, Najib Razak yang berlangsung di tingkat lima bangunan berkenaan.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang dimaklumkan berkenaan perkara itu kemudian mengarahkan perbicaraan ditangguh sehingga pihak berkuasa selesai membuat pemeriksaan.

Semua orang kemudian diarahkan untuk segera meninggalkan bangunan mahkamah dan mengikut arahan polis.

Difahamkan Unit Pemusnah Bom (UPB) dan Penugasan Unit Anjing Pengesan (K9) juga berada di kompleks itu bagi melakukan siasatan lanjut.

Perkembangan itu menyaksikan ratusan orang awam dan kakitangan mahkamah terpaksa menunggu di kaki lima bangunan ketika pihak polis menjalankan tugas memeriksa bangunan tersebut.