IPOH – Kelab Usahawan Bandar Meru Raya Perak menggesa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan kerajaan Perak menyediakan tempat khas untuk peniaga di Bandar Meru Raya.

Timbalan Pengerusinya, Nizam Baharudin berkata, cadangan itu disuarakan bagi memastikan kawasan Meru Raya bersih selain peniaga tiada lesen boleh berniaga secara sah.

Menurutnya, pihaknya telah mengemukakan cadangan itu kepada MBI malah pertemuan dengan peniaga-peniaga kecil di sekitar Meru Raya juga telah diadakan sebelum ini.

“Kita tiada halangan untuk mana-mana usahawan kecil menjalankan perniagaan di Meru Raya.

“Cuma kita lihat keadaan di Meru Raya cacamarba dan kotor kerana gerai tidak teratur.

“Jika ada tempat khas untuk peniaga, MBI mungkin boleh sediakan tempat khas untuk buang sampah, perangkap minyak dan sebagainya,” katanya pada program Korban Ukhuwah di Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya semalam .

-Sinarharian