KEMUNCULAN butik vendor yang dikenali sebagai Gondola31 di bandar Meru Raya, Ipoh sememangnya tepat untuk dijadikan pusat sehenti buat anda yang mengimpikan pelbagai koleksi pakaian di bawah satu bumbung.

Mungkin ada yang beranggapan butik vendor dua tingkat ini menawarkan koleksi pakaian yang hanya mampu dimiliki golongan atasan, namun usah ragu kerana harganya masih dalam senarai bajet anda.

Kesungguhan Nizam Baharudin dan Norazura Md. Posdzi dalam meletakkan jenama butik Gondola31 di Perak sejak tahun 2015 ternyata berbaloi kerana butik ini sudah berjaya meniti di bibir orang ramai sehingga di Sabah dan Sarawak.

Menurut Pengurusnya, Rizaiza Mohd Radzi, Gondola31 merupakan butik vendor terbesar di Perak dan wilayah Utara dengan menempatkan lebih 10,000 koleksi dari pelbagai jenama terkenal.

 

“Kalau dulu orang dari Perak atau di belah utara perlu meredah kesesakan lalu lintas untuk ke Kuala Lumpur atau Lembah Klang semata-mata nak dapatkan koleksi pakaian popular.

“Situasi sekarang mungkin berbeza apabila orang ramai dari daerah mana sekalipun di Perak boleh dapatkan jenama yang mereka inginkan di sini, di Meru Raya lebih-lebih lokasi kami yang berdekatan dengan lebuhraya dan Terminal Amanjaya.

“Ada juga pengunjung yang sanggup ambil bas dari Kuala Lumpur untuk ke Meru Raya supaya dapat membeli belah di Gondola31. Sememangnya lokasi Gondola31 memang tepat untuk akses keluar masuk orang ramai,”kata Rizaiza.

Pusat Sehenti Sekeluarga Untuk Membeli-Belah

Jika sebelum ini pengunjung yang datang bersama keluarga perlu mencari beberapa kelengkapan pakaian di kedai berlainan, tetapi keadaan ini tidak lagi berlaku sekiranya berkunjung di Gondola31. Bak kata orang semuanya ada di sini, sesuai dengan tagline Gondola31 sendiri Exclusively Under One Roof.

Anda boleh mendapatkan kelengkapan seperti tudung, blaus, baju kurung, jubah perempuan dan lelaki, aksesori, baju kanak-kanak, barangan kosmetik, kasut kanak-kanak dan perempuan serta baju Melayu dan kurta.

“Antara jenama terkenal yang terdapat di sini seperti Rina Salleh, Jubahsouq, Jannahnoe, B.M.O, Aina Hariz, LisaAdam dan banyak lagi,”ujar Rizaiza.

Sentuhan Eksklusif Palet Dalam Susun Atur Gondola31

Menariknya, butik vendor ini turut membuka peluang kepada usahawan di Malaysia yang ingin memasarkan produk mereka kepada pelanggan. Vendor hanya perlu membayar sewa tapak bulanan dan menghantar stok, selebihnya akan diuruskan oleh Gondola31.

“Semuanya kami sediakan, baik dari penyediaan railing, penyangkut baju, perkhidmatan termasuk promosi.

“Apa yang membezakan kami dengan butik lain ialah konsep susun atur yang mengetengahkan palet sebagai kelainan, pelanggan akan merasai kelainan bila melangkah masuk ke sini,”ujar Rizaiza.

Di sebalik Nama Gondola31

Bagi anda yang tertanya-tanya apa simbolik di sebalik nama Gondola31 ini jawapannya. Nama butik ini dipilih berdasarkan sumber inspirasi yang diilhamkan daripada perahu di Venice manakala 31 adalah lot premis perniagaan ini selain umur kedua pengasasnya.

Seperti yang kita sedia maklum, Gondola diperbuat daripada kayu dan ia perlu dikayuh perlahan-lahan untuk ke satu-satu destinasi.

Inspirasi ini digunakan oleh pengasas dalam memulakan perniagaan butik vendor ini dengan semangat serta keyakinan tinggi boleh Gondola31 akan naik secara perlahan-lahan sehingga menuju ke puncak kejayaan.

Promosi Raya 2018

Kekal bersama Gondola31 bagi edisi Suara Perak yang seterusnya kerana ada pelbagai kejutan dan hadiah menarik menanti anda di keluaran akan datang