BAGAN DATUK: Setiap kali program Permukiman Menteri Besar berlangsung pastinya golongan kurang berkemampuan tidak terlepas dari menerima kunjungan serta bantuan pelbagai pihak.

Contohnya permukiman di daerah Bagan Datuk bagi pembuka tirai tahun 2017, Penasihat kepada Menteri Besar, Datuk V Elango mengadakan lawatan ke beberapa buah rumah di situ.

Pelbagai aktiviti dijalankan bersama penduduk kampung termasuk mengecat kuil, memotong rumput serta lawatan ke rumah yang majoritinya merupakan masyarakat India.

Antara lokasi yang menjadi pilihan seperti Kampung Kamatchy, Kampung Puspa dan Kuil Subramaniam.

Di kesempatan itu juga, Elango dapat bertemu empat mata bersama wakil penduduk dan mendengar permasalahan yang diutarakan mereka.