KUALA LUMPUR – Pada peringkat ini Gabungan Parti Sarawak masih hanya menjadi parti politik yang bersahabat dengan Perikatan Nasional.

GPS bukan menyertai Perikatan Nasional.

Pejabat Ketua Menteri Sarawak dalam kenyataan di sini menjelaskan, GPS memberi sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin demi kepentingan negara dan menyelamatkan Malaysia daripada ketidakstabilan tanpa mengorbankan kepentingan Sarawak.

GPS turut mengucapkan tahniah kepada Muhyiddin yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan.