MASALAH pengangguran di kalangan graduan universiti bukanlah perkara baharu, malah isu ini sentiasa berlaku saban tahun, walaupun pelbagai inisiatif dilakukan.

Masalah ini berpunca dari sikap individu itu sendiri yang suka pilih pekerjaan serta mentaliti pihak majikan yang tidak gemar mengambil mahasiswa kerana tiada pengalaman bekerja.

Namun sampai bila masalah ini perlu berterusan?

Bagi mengupas lebih mendalam mengenai isu ini, Sinar Harian selaku pelopor wacana ilmiah membawakan anda Wacana Sinar Harian Siri ke-47 dengan membawa tajuk “Graduan Menganggur: Sampai bila?”

Wacana kali ini membariskan panelis terkemuka, Datuk Fazley Yaakob (Selebiti, Pengasas Sukasurce Group of Companies); Prof. Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman (Presiden, Naib Canselor Universiti Selangor) dan Safina Yaakob (CEO Future Forest Sdn Bhd).

Wacana akan dikendalikan oleh Nazri Kahar (Astro Awani).

Program yang berlangsung di Pentas Utama, Universiti Selangor (Unisel) Seksyen 7, Shah Alam pada jam 9.45 pagi hingga 11.30 pagi.

Lintas langsung ini juga boleh ditonton di www.sinar.tv dan Twitter SinarOnline atau menerusi www.sinarharian.com.my.

-SinarHarian