IPOH: Guru agama perlu memainkan peranan penting untuk mengekalkan semangat ukhwah di kalangan umat di negeri dan negara ini.

Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Drs Mohd Nizar berkata, mereka perlu mengurangkan polemik dan elemen negatif di dalam kehidupan.

c9a3f537-6ea5-45f9-926f-964def637880   3b37a02f-396e-46ec-afa4-4c2fd5db060d  290a03e2-5f16-4730-b556-135f9f1cd7dc

Sebaliknya, kata beliau, mereka mesti membetulkan kesilapan-kesilapan yang berlaku dalam masyarakat, ekoran cabaran masa kini.

“Ustaz dan ustazah memainkan peranan yang cukup penting untuk membentuk modal insan akar umbi yang hebat di dunia dan akhirat,”
katanya kepada Suara Perak selepas merasmikan Simposium Kecemerlangan Pendidikan Islam & Bahasa Arab dan Multaqa Guru Pendidikan Islam Negeri Perak 2017 di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) di sini pada Selasa.

7a96ef5f-cd24-4831-80d6-83992f6db813Hadir sama Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia, Dr Azhar Ahmad dan Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Roslan Abu Hassan.

Kira-kira 500 guru agama di seluruh negeri menghadiri simposium dan multaqa sehari itu.

Di dalam ucapannya, Drs Nizar berkata, guru-guru agama perlu memiliki mentaliti yang kuat dan jiwa besar kerana mereka juga menjadi pakar rujuk kepada masyarakat setempat.

596e0b8f-4d82-49a5-ac81-445d4540cbc9Sehubungan itu, katanya, mereka tidak harus meminggirkan diri dan menganggap mereka hanya sekadar ustaz dan ustazah biasa sahaja.

“Ustaz dan ustazah adalah guru yang paling hebat kerana manpu mengajar agama kepada anak-anak dan ada juga yang mengajar sehingga anak-anak murid khatam Al-Quran, ia sesuatu yang cukup hebat,” ujarnya.

Dalam pada itu, kata beliau, guru-guru agama juga perlu mempunyai lima ciri – mudarris, muallim, murabbi, muaddib dan mursyid, untuk menjadi pendidik yang unggul.

Menurutnya, ciri-ciri itu yang terkandung di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Negara 2013 – 2025 adalah perjuangan yang cukup besar untuk melahirkan pemimpin masa depan negara