KUCHING 20 Sept. – Seorang guru berusia 51 tahun ditahan polis di rumahnya di Tapah di sini semalam, kerana didakwa merogol seorang pelajar tingkatan dua.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk S. Dev Kumar berkata, suspek oleh pasukan JSJ, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)Padawan dua jam selepas laporan polis diterima.

Katanya, ibu mangsa telah melaporkan perbuatan suspek merogol anaknya berusia 14 tahun pada pukul 5 petang di Balai Polis Siburan di sini.

“Suspek ini akan dibawa ke Mahkamah Kuching pagi ini untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi di sini pagi ini.-UTUSAN OLINE