Subscribe Now

Trending News

Guru maut dirempuh kereta
Nasional

Guru maut dirempuh kereta 

KEPALA BATAS 12 Feb. – Seorang guru maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di Jalan Persiaran Dagangan dekat Bertam, di sini petang ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.25 petang itu, mangsa Mohd. Basri Mahmud, 57, sedang dalam perjalanan dari arah lampu isyarat Penang Golf Resort menghala Jalan Persiaran Dagangan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kereta yang dipandu pemuda berusia 22 tahun itu pula dari arah Tesco Bertam menghala ke Sunshine Bertam.

“Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (1987),” katanya. – UTUSAN ONLINE

Related posts