TELUK INTAN 22 Mac – Seorang guru sekolah menengah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan tingkatan dua tahun lalu.

Ahmad Murad Zainal, 30, didakwa merogol pelajar yang ketika itu berusia 14 tahun di sebuah rumah di Taman Mewah, Hutan Melintang dekat sini antara awal Oktober hingga hujung November 2018.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Azimah Che Ismail mengemukakan pendakwaan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Pihak pendakwaan tidak mencadangkan jaminan terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam kerana kesalahan berat yang dilakukannya.

Hakim Norita Mohd. Ardani menetapkan 22 April ini untuk sebutan semula kes. – UTUSAN ONLINE