AIN SEFRA, Algeria – Fenomena pelik melanda Gurun Sahara yang me­rupakan salah sebuah kawasan paling tandus dan panas di dunia apabila ia dilitupi salji buat kali ketiga dalam tempoh 40 tahun pada Ahad lalu.

Fenomena alam semula jadi itu berlaku sekali lagi di bandar ini apabila seluruh kawasan padang pasir yang biasanya berwarna kemerahan berubah wajah menjadi hamparan putih yang terbentang luas.

“Kami terperanjat apabila melihat gurun ini secara tiba-tiba menjadi sejuk dan dilitupi dengan salji setebal hampir 40 sentimeter ketika bangun pada waktu pagi.

“Salji itu kekal selama kira-kira 10 jam sebelum mula cair pada pukul 5 petang,” kata seorang jurugambar, Karim Bouchetata.

-K! Online