IPOH – Dianggarkan hampir 1,000 warga bandaraya Ipoh hadir pada program Himpunan Cinta Rasul di Bulatan Amanjaya malam tadi.

Program dimulai dengan solat Maghrib berjemaah dan kemudiannya diikuti dengan bacaan Yasin dipimpin Timbalan Mufti Negeri Perak, Zamri Hashim.

Program kemudiannya diteruskan dengan tazkirah diikuti solat Isyak berjemaah dan seterusnya solat hajat.

Selesai solat hajat majlis diakhiri dengan alunan selawat – sinar harian