KERIAN: Hampir 10,000 umat Islam di sekitar daerah Kerian membanjiri padang SMK Raja Lope Nor Rashid, Tanjung Piandang dekat sini, malam tadi, untuk mendengar ceramah perdana yang disampaikan penceramah bebas, Datuk Ustaz Kazim Elias.

Turut hadir , Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan; Pengerusi KADIR, Datuk Azhar Ahmad; Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak, Mohd Asri Mohamad Ghazali; Pegawai Khas Menteri Besar, Datuk Abu Bakar Mat Ali; Pegawai Daerah Kerian, Mohd Sabli Bakri dan Pengetua SMK Raja Lope Rashid, Halimah Said.

Program bermula seawall jam 6.30 petang dengan alunan qasidah daripada pelajar-pelajar Tahfiz Al-Ansori diikuti solat Maghrib dan Isyak berjemaah.

Ceramah Ustaz Kazim bermula jam 9.00 malam.

abdul puhat

Terdahulu, sebelum ceramah dimulakan, Abdul Puhat mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Kazim kerana sudi meluangkan masa bersama penduduk setempat untuk berkongsi ilmu agama supaya dapat dipraktikkan di dalam kehidupan seharian.

Di dalam ucapannya, beliau juga memuji Pengerusi KADIR dan pasukannya yang melontarkan idea bagi mereliasasikan program itu dengan kerjasama Pejabat Daerah Kerian.

Sebagai anak kelahiran Tanjung Piandang, Abdul Puhat turut gembira dengan sambutan penduduk setempat yang tidak jemu terhadap program-program agama seperti itu.

Azhar di dalam ucapannya turut berbangga melihat sambutan penduduk setempat yang begitu ramai yang tidak putus hadir ke perkarangan majlis.

Sehubungan itu, beliau berhasrat untuk terus mengadakan program agama seperti itu supaya dapat melahirkan insan yang berilmu dan dapat mengembangkan lagi syiar Islam ke setiap pelusuk negeri ini.