IPOH – Sejumlah 19.52 peratus daripada 1.4 juta pengundi berdaftar di Perak telah keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) sehingga jam 10 pagi ini, menurut kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sebanyak 2,815 saluran telah dibuka sejak jam 8 pagi tadi dengan 11,260 petugas SPR telah ditempatkan untuk mengawal dan menguruskan proses pemilihan kali ini.

Hari ini, lebih 1.47 juta rakyat Perak diberikan mandat untuk memilih calon masing-masing di 24 kerusi Parlimen dan 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Pada PRU-13, Barisan Nasional telah memenangi 31 kerusi DUN manakala 24 baki kerusi dimenangi oleh Pakatan Harapan di mana 18 milik DAP, PKR (5) dan Amanah (1) sementara Pas empat kerusi.

Untuk Parlimen, BN Perak mempunyai 13 kerusi ketika ini selepas Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong yang mewakili BN menang Pilihan Raya Kecil(PRK) Parlimen Teluk Intan pada 2014 manakala pembangkang 11 kerusi.

BERITA BERKENAANHamzah Sempurnakan Tanggungjawab Mengundi