UMAT Islam yang sering berkunjung ke sebuah masjid di Turki rupa-rupanya menunaikan solat menggunakan arah kiblat yang salah selama hampir empat dekad sebelum disedari oleh seorang imam baharu.

Arah kiblat di Masjid di Sugoren, Yalova barat ‘terpesong’ sebanyak 33 darjah, lapor Daily Sabah.

Imam Isa Kaya dilantik menjadi imam di masjid tersebut pada tahun lalu dan beliau mendapatkan pandangan mufti tempatan selepas mendengar khabar angin tentang arah kiblat masjid tidak selari dengan Kaabah di Makkah.

Imam berkenaan kemudiannya menandakan anak panah diperbuat daripada pita pelekat putih ke atas permaidani bagi menunjukkan arah kiblat yang betul kepada mereka yang menunaikan solat di masjid itu.

Seorang arkitek akan ditugaskan untuk mereka bentuk semula masjid itu. – Irish Independent