IPOH – Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak berkurangan kepada 168 orang dari 48 keluarga sehingga jam 8 pagi Jumaat.

Menurut laporan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), mangsa banjir berkenaan masih berada di pusat pemindahan sementara di Sekolah Rendah Agama Rakyat Padang Serai di daerah Manjung.

Dalam pada itu, PPS Surau Kampung Padang Serai di daerah Larut Matang dan Selama telah ditutup pada jam 10.30 pagi semalam (Khamis).

Sementara itu, jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) ketika dihubungi, berkata mereka yang ditempatkan di PPS berkenaan hanya dibenarkan pulang ke rumah masing-masing jika air banjir di rumah mereka sudah surut.