KUALA LUMPUR : Hanya 10 sektor dibenarkan beroperasi sebagai perkhidmatan penting negara pada fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula semalam hingga 14 April ini.

Mengikut Jadual Perkhidmatan Perlu (Peraturan 2) P U(A) 2020, yang dikemas kini pada 31 Mac lalu, hanya 10 sektor disenaraikan sebagai perkhidmatan penting negara membabitkan makanan, air, tenaga, komunikasi dan internet, keselamatan dan pertahanan.

Turut tersenarai sebagai perkhidmatan perlu negara adalah pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan pembentungan, perbankan dan kewangan penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet; e-dagang serta logistik yang terhadap kepada penyampaian perkhidmatan perlu.

Pada 18 Mac lalu, senarai perkhidmatan penting negara mengikut Peraturan 2 adalah sebanyak 22 sektor.

Antara yang dikeluarkan daripada senarai adalah perkhidmatan imigresen, kastam, penjara, pos dan hidupan liar.

Turut dikeluarkan adalah perkhidmatan hotel dan penginapan, pengangkutan, pekhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang.

*INFO

Senarai Perkhidmatan Penting Negara

-Makanan

-Air

-Tenaga

-Komunikasi dan internet

-Keselamatan dan pertahanan.

-Pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan pembentungan

-Perbankan dan kewangan

-Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet

-E-dagang

-Logistik yang terhadap kepada penyampaian perkhidmatan perlu.