KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) telah meluluskan 20 syarikat pelancongan tempatan untuk menjadi Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang bertujuan menawarkan perkhidmatan pakej haji 1438H/2017.

Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan TH dalam satu kenyataan berkata bakal jemaah yang telah menerima surat tawaran menunaikan haji tahun ini dan berhasrat menggunakan perkhidmatan pakej haji, dinasihatkan supaya menggunakan perkhidmatan PJH itu.

“TH menasihati orang ramai untuk berwaspada dan tidak terpengaruh dengan mana-mana maklumat dalam hal-hal berkaitan tawaran haji dan pakej haji seperti isu yang menular baru-baru ini menerusi media sosial,” kata kenyataan itu hari ini.

Antara PJH itu adalah TH Travels (amp) Services Sdn Bhd; Alif Travel (amp) Tours Sdn Bhd; Andalusia Travel (amp) Tours Sdn Bhd; Ash-Har Travel (amp) Tours Sdn Bhd; Batuta Travel (amp) Tours Sdn Bhd; C. S. Holidays Sdn Bhd; Citra Travel (amp) Tours Sdn Bhd; Felda Travel Sdn Bhd; Gemilang Travel and Tours Sdn Bhd; dan Misbah Travel (amp) Tours Sdn Bhd.

Turut tersenarai Masamas Travel (amp) Tours Sdn Bhd; MKM Ticketing Travel (amp) Tours Sdn Bhd; Platinum Gesture Travel (amp) Tours Sdn Bhd; Rayhar Travels Sdn Bhd; Syarikat Pelancongan Yaskin Sdn Bhd; TM Tours (amp) Travel Sdn Bhd; Touch Me Travel (amp) Tours Sdn Bhd; Utas Travel (amp) Tours Worldwide Holidays Sdn Bhd; Wira Saujana Travels (amp) Tours Sdn Bhd; dan Zahafiz Travel (amp) Tours Sdn Bhd.

Menurut kenyataan itu TH tidak pernah melantik mana-mana individu perseorangan untuk menjadi perantara, orang tengah atau ejen dalam hal berkaitan tawaran dan pakej haji.

Jelasnya, individu atau agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa memperoleh lesen PJH daripada TH adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Orang ramai boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan (THCC) di 03-62071919 untuk sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan TH. – Bernama

-Kosmo!