PETALING JAYA: Harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik tiga sen dan dua sen pada minggu kedua April sejak kaedah harga mingguan diperkenalkan.

RON95 dijual pada harga RM2.16 seliter manakala RON97, RM2.43 seliter.

Bagaimanapun harga diesel turun tiga sen kepada RM2.08 berbanding RM2.11 sebelum ini.

Harga baharu itu akan berkuatkuasa pada Khamis sehingga 12 April ini.

Harga tersebut turut disahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menerusi laman facebooknya.
Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/04/05/harga-petrol/#bHFK3psQikzOW4s0.99