KUALA LUMPUR – Harga bahan api petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun 10 sen, manakala diesel turun 13 sen bermula jam 12.01 tengah malam ini bagi tempoh seminggu sehingga 17 Mei ini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam kenyataannya di Facebook berkata, RON95 turun 10 sen menjadikan harga bermula Khamis ialah RM2.01 seliter berbanding RM2.11 seliter, manakala harga RON97 pula RM2.29 berbanding RM2.39 sebelum ini.

Harga diesel juga turun kepada RM1.95 seliter berbanding RM2.08 seliter sebelum ini.

Harga baru bahan api itu akan berkuat kuasa 12.00 pagi 11 Mei 2017 hingga 11.59 malam 17 Mei 2017. – K! ONLINE