IPOH: Harga petrol dan diesel masing-masing mengalami penurunan sebanyak 7 sen dan 6 sen bagi minggu 15 hingga 21 Jun berkuat kuasa pukul 12.01 tengah malam ini.

Bermula tengah malam ini, petrol RON95 akan dijual pada harga RM1.98 seliter berbanding RM2.05 seliter seminggu lalu.

Manakala, bagi RON97 pula dijual pada harga RM2.24 seliter berbanding RM2.31 seliter berbanding tempoh sama seminggu lalu.

Harga baharu diesel pula RM1.88 seliter, turun 6 sen berbanding RM1.94 seliter pada minggu lalu.

Harga mingguan petrol dan diesel yang ditetapkan kerajaan diumumkan setiap hari Rabu dengan harga baharu berkuatkuasa tengah malam Khamis.