PETALING JAYA: Harga petrol dan diesel mengalami penurunan pada minggu pertama Mei mengikut kaedah pengapungan terkawal secara mingguan.

Harga baharu bagi petrol RON95 RM2.11 seliter berbanding RM2.21 minggu lalu, manakala RON97 pula RM2.39 daripada RM2.49 sebelum ini.

Harga bagi diesel pula jatuh sebanyak enam sen kepada RM2.08 berbanding RM.2.14 seliter.

Semua harga baharu itu akan berkuatkuasa pada Khamis sehingga 10 Mei ini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memutuskan untuk menetapkan harga petrol dan diesel berdasarkan sistem apungan terurus bermula 1 Disember 2014.
Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/05/03/harga-minyak-turun/#JCFxdjDxXs8BOhjr.99