PETALING JAYA: Harga minyak naik satu sen, manakala tiga sen untuk diesel, kadar baharu untuk minggu pertama September.

Bagi petrol RON95, harga baharu mulai tengah malam nanti ialah RM2.16 seliter, manakala RON97 kadar baharu adalah RM2.44 seliter.

Rabu lalu harga diesel ditetapkan pada RM2.01 seliter, mulai tengah malam ini ia dijual pada kadar RM2.04 seliter.

Harga baharu ini akan mula dikuatkuasakan mula pukul 12.01 tengah malam pada 31 Ogos ini dan berakhir 6 September.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/08/30/minyak-naik/#EBcY1hz6C8tp5erS.99