IPOH, 23 Ogos (Bernama) — Beberapa jalan utama di sekitar bandar raya ini akan ditutup dan dilencongkan sempena majlis raptai dan sambutan Hari Kebangsaan 2017 di Dewan Bandaran Ipoh di sini mulai 27 Ogos.

Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh dalam kenyataannya memaklumkan raptai akan bermula dari 27 hingga 29 Ogos dengan penutupan jalan serta lencongan bermula dari 6.30 pagi hingga selesai acara manakala penutupan dan lencongan pada sambutan Hari Kebangsaan bermula dari 6 pagi 31 Ogos hingga selesai acara.

Jalan terlibat ialah simpang Jalan Bandar Timah / Jalan Sultan Yusuf; simpang Jalan Bandar Timah / Jalan Market; Jalan Silang; Jalan Sultan Yusuf / lampu isyarat Jalan Lahat; lampu isyarat Jalan Lahat / Persiaran KIDD; bulatan Bahagia (bulatan KIDD) / Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab; Jalan Sultan Idris (Padang Ipoh Jalan Laxamana).

Simpang Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab pula dilencongkan ke Jalan Kompleks Islam manakala simpang Jalan Kompleks Islam dilencongkan ke Jalan Lim Bo Seng.

“Bagi pengguna yang ingin ke Stesen Keretapi Ipoh, boleh menggunakan laluan alternatif iaitu dari Jalan Kuala Kangsar – Jalan Tun Abdul Razak , Jalan St. John, Jalan Regat Tun Perak, kata kenyataan itu…

-Bernama