IPOH: Program Ipoh Car Free Day bulan Oktober yang masuk tahun kedua kali ini telah berjaya menarik 7,000 wargakota Ipoh di Jalan Raja Dihilir, pagi Ahad.

Program kali ke – 23 ini bertemakan Sambutan Hari Deepavali 2017, Sambutan Hari Senyum Sedunia, Sambutan Hari Habitat Sedunia dan Sambutan Hari Makanan Sedunia.

Ia turut menarik kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta yang menyaksikan pertama kaki kehadiran kakitangan syarikat pembinaan tempatan terkenal Team Keris Berhad (TKB).

Antara aktiviti yang telah diadakan adalah senamrobik, soccer kids, pemeriksaan kesihatan oleh KPJ, dan pertandingan mewarna.

Antara aktiviti menarik lain Promosi Sukan Hoki oleh Persatuan Hoki Perak, Perhimpunan Speda Klasik Program Ujian PAP Smear oleh LPPKN dan Pameran Tin Dredging oleh MB Inc.

Program ini diharap akan menjadikan Ipoh sebuah bandar rendah karbon serta menarik kehadiran wargakota untuk bersantai pada hujung minggu.

Aktiviti ini juga diharapkan dapat memeriahkan lagi Tahun Melawat Perak 2017.