IPOH:
Program Tanpa Kereta kali pertama tahun 2018 telah berjaya menarik 7,000 wargakota Ipoh di Jalan Raja Dihilir pagi ini.

Program kali ke-26 keseluruhan itu yang bertemakan ‘Bersama Meningkatkan Keceriaan Wargakota’ turut menarik kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Carfreedayperak_2018 3Antara aktiviti yang telah diadakan adalah senamrobik oleh PUSPANITA, pemeriksaan kesihatan oleh KPJ, kayuhan basikal BMX dan pertandingan mewarna.

Aktiviti lain adalah Kempen Kesihatan oleh LPPKN, Human Table Football, dan Kempen Kesedaran Alam Sekitar oleh Kohijau.

Program kali ini dimeriahkan dengan kehadiran Setiausaha Bandaraya, Mohd Zakuan Zakaria, yang turut bersama-sama wargakota Ipoh di sepanjang program tersebut.

Program itu diharap dapat menjadikan Ipoh sebuah bandar rendah karbon, meningkatkan ind├ęks kebahagiaan serta menarik kehadiran wargakota untuk bersantai pada hujung minggu.